Buku Program
Buku Program Diploma KPTM Ipoh
- AB109
Diploma in Digital Business
Program ini terdiri daripada pelbagai struktur dan merangkumi pelbagai aspek seperti Keusahawanan Digital, Asas Teknologi Sokongan Komputer, Pengenalan kepada Sistem Maklumat, Pengenalan kepada Perniagaan Pintar, Pengenalan kepada Pemasaran Digital, Konsep dan Aplikasi E-Dagang, dan Reka Bentuk Web.
Buku Program →
- AM101
Diploma in Digital Marketing
Impak revolusi dunia digital sebenar baru mula dirasai. Atas faktor ini, Kolej Poly-Tech Mara Ipoh berusaha untuk mewujudkan Diploma in Digital Marketring (AM101), sebuah program yang ditawarkan bagi memenuhi keperluan industri dan mensasarkan kepada penggunaan pelbagai media berhubungkait dengan kecemerlangan ICT.
Buku Program →
- BE101
Diploma in Teaching Of English As A Second Language (TESL)
Ini adalah program homegrown yang direka dan dijalankan oleh KPTM dengan panel penasihat pakar dari penyedia pendidikan tinggi awam dan swasta dan pakar industri dengan objektif utama menghasilkan pendidik Bahasa Inggeris.
Buku Program →
- CM101
Diploma in Animation
Diploma Dalam Animasi kami adalah tentang membina watak dan kelayakan anda dengan memberikan anda pengalaman dalam pemodelan 2D & 3D, termasuk dengan pengawal, reka bentuk, tekstur, pencahayaan, rendering, dan penyusunan. Pada asasnya, semua yang anda perlukan untuk mencipta kerjaya yang anda mahukan.
Buku Program →
- CM102
Diploma in Game Design
Diploma in Game Design adalah sebuah program sepenuh masa yang dijalankan dalam tempoh minimum 6 semester atau tiga tahun. Program ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran pereka bentuk yang memiliki ilmu yang mendalam tentang penulisan, seni, dan sains sosial digabungkan ketika mereka bentuk permainan, antara muka, dan pengembaraan interaktif yang lain.
Buku Program →
- CT104
Diploma in Multimedia
Kemajuan teknologi telah menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Pekerjaan yang memerlukan kemahiran multimedia adalah teknologi maklumat, pendidikan dan latihan, penerbitan dan percetakan, hiburan dan banyak lagi. Graduan multimedia diperlukan dalam pengurusan pentadbiran seperti merancang persembahan interaktif, brosur dan laman web.
Buku Program →